Baby Hello Kitty

Thursday, September 8, 2016

Pengkhianatan Seorang Kawan

Pengkhianatan seorang kawan...bagi diriku tajuk ini sudah biasa.Aku sering dikhianati oleh kawan yang paling aku percaya.Kenapa dia mengkhianati diriku?Ianya disebabkan cemburunya...Aku sedih sangat,dialah kawan yang aku percaya tapi dia tikam aku dari belakang.Dia mengata aku dekat orang lain.Itu ke ciri kawan sejati?Itukah yang dikatakan kawan selamanya?Tak apa,aku tak ambil hati...buatlah apa yang ko suka,mengatalah fasal aku.Cerita buruk fasal aku kepada orang lain.Kenapa kau terlalu cemburu?Kenapa aku kena jaga perasaan kau seorang?Engkau kata aku ialah kawan sejati kau tapi kenapa aku dikhianati?Oleh kawan yang menggelarkan diriku sebagai kawan sejatinya?Tolonglah ubah diri kau...jangan biar cemburu itu mengawal kau...tolonglah...

Thursday, September 1, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-59




Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59! Pada tahun ini logo,tema dan lagu kemerdekaan iaitu SEHATI SEJIWA dikekalkan sebagai tema hari kemerdekaan yang ke-59.Walaupun ada banyak pendapatan yang berbeza tetapi,kita masih ada rasa bangga untuk mengakui bahawa kita anak Malaysia.Hari kemerdekaan sanagt bermakna kerana ia mengingatkan kita tentang betapa susahnya mahu membebaskan negara kita dari dijajah.Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku...Pada mulanya negara kita telah dijajah selama beratus-ratus tahun lamanya,kita bersatu di bawah satu nama,kemudian dijajah semula...dan akhirnya kita bebas pada 31 Ogos 1957.Kita seharusnya bersyukur dan mengekalkan kesejahteraan negara.Selamat Hari Merdeka!


Saturday, August 27, 2016

Rama-rama...



Rama-rama,indah sungguh sayapmu...terasa bagai aku di udara bersamamu.Oh Tuhan alangkah indahnya jika ku menjadi seperti rama-rama.Disukai semua orang kerana dirinya indah.Kalau fikir dengan teliti,hidup rama-rama seperti impian manusia.Impian kita boleh melayang jauh ke sana...tetapi hakikatnya,ianya tak kekal lama.Tapi sayang...hidup rama-rama hanya sebentar.Manusia juga sama seperti rama-rama...Kita hanya tinggal sebentar di dunia ini,Tuhan yang menentukan takdir,ajal maut,kebahagian dan sebagainya.Mungkin ada sebab kenapa Tuhan mahu kita susah dulu...Ingat,kita hidup tidak lama...

Friday, August 26, 2016

Oh kawanku....

Oh kawanku,kau adalah sebahagian dari hatiku.Menolongi aku ketika jatuh,ketika aku sedih dan gembira.Jika tiada kau, hidup ini tidak ada makna...seharusya aku bersyukur.Tidak kira kau ada kekurangannya,tapi aku tetap gembira...Jangan sesekali menyakitkan hati kawanmu,jangan pernah mengguris hati kawanmu...Oh Tuhan,terima kasih padaMu.Jika tidak Kau yang mengurniakan kawan untuk kami semua,mesti kami tidak mengenali antara satu sama lain.

Thursday, August 25, 2016

Oh,seronoknya...tapi sayang...

Seronoknya jadi obor-obor...boleh berenang kemana-mana,ianya sama seperti manusia...mahu berenang dengan bebas tanpa halangan...tapi sayang sekarang ia semakin pupus,sedihnya....kita mahu menjadi obor-obor tetapi kita memburunya.Apabila pupus suatu hari nanti,menyesal tidak guna nanti.

Tugasan TMK

Hari ini saya belajar buat blog